Rujukan Pelancong Yang Bercuti Ke Kuala Terengganu

Bandar KT terletak di dalam Daerah Kuala Terengganu & lokasinya juga berdekatan tepi pantai. Dari segi saiz Daerah Kuala Terengganu, memang besar tetapi untuk kawasan Bandaraya Kuala Terengganu, tidaklah terlalu besar.

Luas Bandaraya Kuala Terengganu tidaklah seluas di Kuala Lumpur & Shah Alam. Jadi, jika anda ingin terokai kesemua tempat menarik di Kuala Terengganu, masa yang diperlukan cukup sekadar 2-3 hari sahaja.

Sebab itulah, ramai pelancong yang sewa kereta dengan kami, majoritinya akan memilih waktu hujung minggu untuk bercuti ke Kuala Terengganu. Jika nak tahu, hujung minggu di Negeri Terengganu adalah Jumaat & Sabtu.

Jadi, jika anda dari KL & bercuti di Kuala Terengganu pada hari Sabtu & Ahad, bolehlah ke mana-mana bank atau pejabat kerajaan untuk urusan rasmi pada hari Ahad.

Panduan ini disusun khas untuk bantu anda yang pertama kali nak bercuti ke Kuala Terengganu, dari lapangan terbang sampai ke tempat makan ikonik, dari hotel best sampai aktiviti musim tengkujuh. Semuanya dihimpunkan supaya anda boleh rancang trip dengan lancar dan puas hati. Jom mula!


Pengenalan Bandaraya Kuala Terengganu

Kuala Terengganu bukan sekadar pintu masuk ke pulau-pulau tercantik di Malaysia, tetapi sebuah bandar pesisir yang sarat dengan budaya, warisan dan makanan tradisional yang menggoda selera. Terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, bandar ini menawarkan keseimbangan antara suasana moden dan keaslian gaya hidup Melayu Timur.

  • Masjid terapung dan Masjid Kristal yang ikonik
  • Perkampungan nelayan tradisional yang masih aktif
  • Pasar Payang – syurga membeli-belah batik & keropok lekor
  • Lokasi strategik ke pulau Redang, Kapas & Perhentian
  • Kombinasi budaya Melayu, Cina & Islam yang harmoni

Airport Kuala Terengganu, Stesen Bas & Jeti ke Pulau

Airport Kuala Terengganu

Lapangan Terbang Kuala Terengganu terletak di dalam kawasan Kuala Nerus yang merupakan sebahagian kawasan dalam Daerah Kuala Terengganu. Lokasi Airport ini ke Bandaraya Kuala Terengganu sekitar 12-14 km sahaja / 20 minit dari pusat bandar. Ada yang memanggil Airport KT ini sebagai Lapangan Terbang Telaga Batin kerana lokasi tepatnya berada di dalam Kampung Telaga Batin.

  • Penerbangan dari KL hanya ~1 jam
  • Disediakan oleh AirAsia, MAS & Batik Air
  • Grab & teksi mudah didapati

Tip: Jika ke pulau, ambil penerbangan pagi supaya sempat naik bot dari jeti.

Google Maps | Hotel Berdekatan

Stesen Bas Kuala Terengganu

Terminal Bas MBKT (Jalan Sultan Zainal Abidin) adalah hub utama bagi pelancong yang datang dari luar Terengganu.

  • Bas ekspres dari KL, Kuantan, JB & Penang
  • Banyak pilihan penginapan bajet berdekatan terminal
  • Kedai makan & pasar malam mudah dicapai

Tip: Pilih bas malam untuk jimat kos penginapan dan sampai pagi-pagi terus boleh jalan.

Google Maps | Hotel Berdekatan

Jeti Utama Ke Pulau Pelancongan di Terengganu

Kuala Terengganu memang terkenal sebagai ‘gateway to islands’. Terdapat beberapa jeti utama yang perlu anda tahu;

Jeti Merang: ke Pulau Redang & Lang Tengah

Jeti Merang terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Terengganu dan merupakan pintu utama untuk ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Jeti ini lebih teratur, mempunyai kawasan menunggu yang selesa dan sering digunakan oleh resort-resort mewah untuk menguruskan ketibaan pelancong.

Jika anda menempah pakej resort ke Redang, besar kemungkinan bot akan berlepas dari Jeti Merang. Laluan bot dari sini lebih pendek dan terus ke pantai resort tanpa perlu singgah banyak tempat.

Jeti Shahbandar: ke Redang juga (lebih dekat dengan bandar)

Jika bercakap tentang tempat menarik di Terengganu yang paling menarik, destinasi percutian di kawasan pulau adalah yang paling popular. Jika anda berhasrat melancong ke Pulau Redang, boleh menaiki bot dari Jeti Shahbandar yang terletak bersebelahan sahaja dengan Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu.

Walaupun jarak ke Pulau Redang dari Jeti Shahbandar lebih jauh berbanding dari Jeri Merang (Setiu), namun Jeti Shahbandar lebih menjadi kegemaran pelancong kerana lokasinya yang berdekatan dengan Bandaraya KT.

Google Maps | Website Ferry | Hotel Berdekatan

Jeti Marang: ke Pulau Kapas

Jeti Marang, iaitu pintu masuk utama ke Pulau Kapas & Pulau Gemia terletak di dalam Daerah Marang serta lokasinya hanya 17-18 km sahaja dari Bandaraya Kuala Terengganu. Jika anda ingin melawat pulau menarik di Kuala Terengganu secara ‘balik hari’, Pulau Kapas adalah jawapan yang paling tepat kerana jaraknya tidak jauh dari Jeti Marang.

Google Maps | Hotel Berdekatan

Jeti Besut: ke Pulau Perhentian (~1.5 jam naik kereta dari KT)

Jeti Besut merupakan pintu utama ke Pulau Perhentian, salah satu destinasi pulau paling popular di Terengganu. Lokasinya terletak agak jauh dari bandar Kuala Terengganu, sekitar 1 jam 30 minit perjalanan menaiki kereta melalui jalan darat. Walaupun agak jauh, Jeti Besut sangat aktif terutama pada musim cuti sekolah dan cuti umum. Banyak kaunter tiket, ejen pelancongan dan restoran tersedia di sekitar jeti untuk memudahkan urusan pelancong. Jika anda menginap di bandar KT, pastikan keluar awal pagi untuk elak terlepas bot ke pulau.

Tip: Jeti Shahbandar lebih mudah akses kalau anda stay dalam bandar KT.


Waktu Terbaik Bercuti di Kuala Terengganu

Jika anda berhasrat bercuti di Terengganu untuk melakukan aktiviti di kawasan pantai, pulau, air terjun, hutan lipur, bukit bukau atau pun di Tasik Kenyir, waktu terbaik adalah

  • Mac hingga Oktober – cuaca cerah, laut tenang
  • Puncak musim pelancong: Mei – Ogos
  • Off-peak: Mac, April, September (lebih tenang, harga lebih murah)

Manakala, antara Oktober-Februari merupakan musim peralihan monsun atau lebih kita kenali sebagai musim tengkujuh. Bagaimanapun, sila semak pengumuman semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia atau pun di Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu.

Tip: Kalau nak bercuti bajet & elak crowd, bulan April & September paling win!

Bercuti di Kuala Terengganu Musim Tengkujuh? Apa Aktiviti Best Boleh Buat?

Walaupun kita sering dimomokkan yang aktiviti pelancongan di Terengganu akan ‘sunyi sepi’ setiap kali musim tengkujuh, kenyataan itu adalah tidak tepat 100%.

Buktinya ? Sepanjang 6 tahun++ kami menguruskan kereta sewa di Kuala Terengganu, bulan November & Disember iaitu pada cuti sekolah hujung tahun adalah musim paling banyak kami menerima tempahan kereta sewa dari pelancong luar Terengganu yang bercuti ke sini.

Tidak dinafikan, aktiviti percutian di kawasan pulau & bukit bukau akan terbantut pada musim tengkujuh. Namun, masih banyak tempat menarik lain yang boleh anda lawati seperti di tempat makan menarik, tempat menarik di KT yang tertutup & juga melihat suasana pantai yang kuat ombaknya.

Musim tengkujuh (November – Februari) biasanya laut bergelora dan bot ke pulau ditangguhkan. Tapi jangan risau, banyak aktiviti lain:

  • Jelajah muzium (Muzium Negeri Terengganu – antara terbesar di Asia Tenggara)
  • Makan-makan menu panas: nasi dagang, gulai kawah, satar
  • Shopping batik & kraftangan di Pasar Payang
  • Lawat Masjid Kristal, Masjid Terapung
  • Naik bot menyusuri Sungai Terengganu
  • Lepak di kafe tepi pantai sambil dengar deruan ombak

Tip: Sewa kereta pada musim hujan lebih fleksibel berbanding motor/scooter.


10 Hotel di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu mempunyai banyak pilihan hotel & homestay yang menarik untuk anda bermalam. Tidak kira apa jua bajet anda, terdapat banyak pilihan hotel yang berbeza harga yang anda boleh dapatkan di sini. Rujukan terbaik untuk anda mencari hotel-hotel ideal dengan harga menarik adalah di Agoda.
Selanjutnya di Agoda.

  1. Paya Bunga Hotel – Lokasi tengah bandar, bersambung dengan mall
  2. Hotel Grand Continental – View laut & dekat Pasar Payang
  3. Raia Hotel – Sesuai untuk keluarga & mesyuarat, dekat airport
  4. Permai Hotel – Ada pantai persendirian
  5. Hotel Seri Malaysia – Murah & mudah akses
  6. J Suites Hotel – Dekat waterfront, moden & budget
  7. Duyong Marina & Resort – Resort mewah tepi sungai
  8. Hotel Tanjong Vista – Ada kolam renang & dekat city centre
  9. Sumai Hotel Apartment – Sesuai untuk family trip
  10. Uptown Eco Hotel – Hipster vibes & dekat tempat makan best

Tip: Booking awal waktu cuti sekolah untuk elak full house!


Makanan Ikonik Terengganu & Mana Nak Cari di KT?

Kalau bercuti di tempat orang, sudah tentu aktiviti mencuba makanan popular orang setempat adalah kemestian.

  • Nasi Dagang – Kak Pah, Kampung Ladang
  • Keropok Lekor – Losong (versi lembut) & Seberang Takir (versi rangup)
  • Satar & Otak-Otak – Gerai Pantai Teluk Ketapang
  • Laksam & Laksa Terengganu – Restoran T. Homemade KT
  • Nasi Minyak – Warung Pok Nong, Wakaf Mempelam
  • Pulut Lepa – Pasar Tani Batu Buruk
  • Puding Raja & Kuih Tradisional – Pasar Payang & pasar malam

Tip: Banyak gerai best buka pagi je – jadi rancang sarapan awal-awal!

Jika anda ingin cuba makan makanan popular di Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, pulut gaul nyur, kuih muih tradisional dll,
ini dia senarai tempat makan best sekitar KT => Selanjutnya di KSG


Tarikan Pelancongan di Kuala Terengganu

Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk percutian anda seisi keluarga. Sama ada berbulan madu di KT atau mungkin bercuti di sini pada hujung minggu, banyak destinasi menarik yang boleh anda lawati dengan mudah.

Rujukan yang paling bagus untuk anda adalah di TripCutiCuti.com ( semak tempat menarik di Kuala Terengganu ) , lengkap dengan peta lokasi, harga tiket, waktu operasi & sebagainya.

Masjid Kristal

  • Reka bentuk moden dengan seni bina Islam kontemporari
  • Terletak dalam Taman Tamadun Islam
  • Instagrammable waktu malam dengan lampu berwarna

Pasar Payang

  • Syurga membeli belah: batik, kain songket, kuih, makanan kering
  • Terletak bersebelahan Sungai Terengganu
  • Aktiviti tawar-menawar memang ‘wajib’

Kampung Cina

  • Deretan rumah lama dipulihara sebagai lokasi ‘heritage’
  • Ada mural, kedai kopi, dan hidden cafe
  • Spot OOTD yang cantik dan tenang

Taman Tamadun Islam

  • Ada replika monumen Islam dunia seperti Taj Mahal & Dome of The Rock
  • Sesuai untuk lawatan santai sambil belajar sejarah

Masjid Terapung Tengku Tengah Zaharah

  • Masjid di atas air yang ikonik di Kuala Ibai
  • Pemandangan waktu petang sangat cantik & damai

Pantai Batu Buruk

  • Tempat lepak petang, naik kuda & makan jagung bakar
  • Ada taman permainan & gerai makanan

Muzium Negeri Terengganu

  • Muzium terbesar di Asia Tenggara
  • Pamer koleksi sejarah maritim, artifak Islam, dan budaya tempatan

Tip: Banyak tempat best tutup awal – plan lawatan outdoor sebelum jam 6 petang.


Aktiviti Malam & Hiburan Santai di KT

  • Night Market Batu Buruk (Jumaat malam) – makanan jalanan & vibe santai
  • Drawbridge Lightshow – jambatan ikonik dengan lampu LED pelbagai warna
  • River Cruise Malam – menyusuri sungai dengan pemandangan lampu bandar
  • Pantai Seberang Takir waktu malam – angin sepoi-sepoi dan suasana tenang

Kuala Terengganu bukan sekadar destinasi persinggahan ke pulau. Ia sebuah bandar yang padat dengan nilai sejarah, warisan budaya dan makanan tempatan yang tidak dapat dilupakan. Tak kisahlah musim panas atau musim tengkujuh – KT tetap ada tarikannya yang tersendiri.

Jangan lupa bawa balik keropok lekor sebagai buah tangan, dan simpan kenangan manis di negeri Pantai Timur yang memikat hati ini.

🚗 PROMOSI Bulan April Ini: Sewa model kereta terpilih untuk LEBIH JIMAT! 👉 KLIK SINI

⬇️ Promosi !