Berikut merupakan himpunan soalan lazim pelanggan yang pernah sewa di KSG…


Apakah jenis-jenis kereta sewa / van sewa yang ditawarkan oleh KSG?

Jawapan:

Kami menawarkan kereta sewa dari peringkat kereta kompak, sedan, MPV & Van.

Sila rujuk di SINI untuk melihat pilihan-pilihan kereta sewa / van sewa yang kami ada.


Saya kena pandu sendiri ke ? Atau ada pemandu peribadi akan disediakan ?

Jawapan:

Untuk kereta sewa peringkat kompak, sedan & MPV, penyewa perlu pandu sendiri.

Untuk van sewa, anda boleh pandu sendiri ATAU pilih pakej untuk sewaan bersama pemandu peribadi


Adakah KSG menawarkan penyewaan untuk jangka panjang?

Jawapan:

YA ADA !! Harga yang ditawarkan untuk jangka panjang juga sangat-sangat menarik.

Hubungi kami dengan SMS/Whatsapp/Call 011-23653839 untuk maklumat lanjut.


Adakah KSG sediakan servis penghantaran kereta sewa / van sewa ke mana-mana lokasi ?

Jawapan:

Ya ADA. Umumnya kami membuat servis penghantaran di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang & Kuala Berang sahaja.

Contoh: Delivery ke Airport KT/Stesen Bas KT/ Jeti / Hotel dll. PERCUMA penghantaran ke kawasan-kawasan terpilih.


Saya lupa bawa dokumen ketika ambil kereta sewa, boleh tak saya hantar kemudian?

Jawapan:

Maaf, kereta sewa hanya akan diberi kepada penyewa yang membawa dokumen yang lengkap.

Sila Rujuk SINI untuk dokumen yang kami perlukan.


Alamak, sekali lesen saya mati la. Boleh sewa tak?

Jawapan:

Maaf, tidak boleh.


Saya nak wakilkan adik atau kawan saya datang ambil kereta sewa ?

Jawapan:

Maaf tidak boleh, penyewa perlu datang sendiri untuk menandatangani borang perjanjian kereta sewa.


Saya nak lanjutkan penyewaan kereta, boleh tak guna deposit keselamatan yang telah saya bagi sebagai bayarannya?

Jawapan:

Maaf, tidak boleh.

Sekiranya anda mahu melanjutkan tempoh penyewaan, sila hubungi kami pada kadar segera dan anda perlu menjelaskan bayaran sewa untuk tempoh lanjutan.

Bayaran melalui bank transfer atau tunai mestilah dijelaskan sebelum tamat tempoh penyewaan asal.


Saya nak sewa setengah hari atau mungkin 3 jam sahaja, boleh tak?

Jawapan:

Maaf, pihak kami hanya menawarkan tempoh sewaan minima satu hari atau pun 24 jam.

Bagaimanapun, musim cuti Raya Aidilfitri / Aidiladha, minimum tempoh hari untuk sewa kereta adalah lebih panjang


Saya nak sewa kereta satu hari & nak ambil kereta pada pukul 9 pagi, jadi pukul berapa patut saya pulangkan kereta?

Jawapan:

Untuk sewaan tempoh satu hari adalah bersamaan 24 jam.

Jadi anda boleh pulangkan pada keesokan harinya pada pukul 9 pagi juga.


Saya terlambat sedikit memulangkan kereta kepada pihak KSG, ada denda tak?

Jawapan:

Bergantung.

Jika dipulangkan terlalu lambat kami akan mengenakan cas tambahan & jumlah cas bergantung kepada jenis kereta.

Kalau setakat 10 minit & 15 minit tiada masalah.

Apa yang penting, anda kena selalu berkomunikasi dengan kami.


Kalau kereta sewa tiba² rosak tengah jalan macam mana? Berapa cas dia ?

Jawapan:

Sekiranya kereta rosak disebabkan kecuaian penyewa seperti melanggar penghadang jalan atau tiang, penyewa perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Kos minimum ialah RM50 & maksimum RM2000 bergantung kepada jenis kerosakan.

Sekiranya kereta sewa tiba² rosak atas masalah teknikal seperti bateri ‘kong’/ alternator ‘kong’ dll, penyewa tidak perlu bertanggung jawab apa².

Hubungi kami & kami akan ganti kenderaan lain jika ada, atau memulangkan wang sewaan anda.


Kalau kereta sewa rosak tengah jalan macam mana?

Jawapan:

Hubungi kami dengan segera & kami akan datang membantu.

Jika perlu, kami akan hantar lori penarik kenderaan / tow truck daripada pihak kami sendiri.

Jadi jangan sesekali meminta lori penarik kenderaan / tow truck di tepi jalan untuk menarik kereta tanpa pengetahuan kami.


* ADA SOALAN LAIN yang tidak terjawab ? Jangan Malu² Untuk hubungi kami.