Kami di KSG komited menghantar kereta sewa anda di mana-mana lokasi di dalam kawasan operasi.
Kawasan / Daerah Operasi KeretaSewaGanu (KSG) adalah di;
Bandar Kuala Terengganu
Ibu negeri Terengganu. Terkenal sebagai destinasi pelancongan utama untuk pelancong terokai makanan-makanan terkenal di Terengganu. Samada ke jeti, hotel, airport KT, homestay atau stesen bas, kami boleh hantar.
Bandar Marang
Daerah di selatan Kuala Terengganu. Terkenal dengan Pulau Kapas & Pulau Gemia yang merupakan destinasi percutian di pulau paling dekat serta paling menarik dengan Bandar Kuala Terengganu
Bandar Kuala Berang
Kawasan yang terkenal sebagai sumber ikan air tawar & masakan ala kampung yang menyelerakan. Di sini jugalah terletaknya Air Terjun Sekayu yang merupakan tempat mandi manda di air terjun yang sangat menarik.
Setiap hari, menjadi rutin kami membuat penghantaran kereta sewa ke lokasi-lokasi feveret pelancong seperti berikut.
1. Lapangan Terbang Kuala Terengganu
Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Airport Kuala Terengganu merupakan lapangan terbang utama di Terengganu. Terletak di Kuala Nerus & kira-kira 15 km ke Bandaraya Kuala Terengganu.
Lokasi Lapangan Terbang KT ini terletak berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Pantai Teluk Ketapang, Uptown Kontena & di sekitarnya juga terdapat banyak hotel serta homestay.
Jika anda ingin menerokai tempat-tempat makan menarik di Kuala Terengganu, terdapat beberapa lokasi berdekatan yang boleh anda terokai dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu seperti Warung Air Buah Gelas Pak San, Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Ikan Celup Tepung Pok Long & sebagainya.
Waktu Operasi:
- Mengikut jadual penerbangan
Peta Lokasi Airport Sultan Mahmud:
2. Jeti Shahbandar Kuala Terengganu
Selain Jeti Merang, Jeti Shahbandar yang terletak di Kuala Terengganu juga merupakan jeti utama untuk pelancong ke Pulau Redang.
Walaupun perjalanan dengan bot ke Pulau Redang lebih lama berbanding dari Jeti Merang, namun ianya menjadi pilihan utama pelancong kerana lokasinya yang lebih strategik & berdekatan dengan pusat bandar.
Lokasi Shahbandar Jetty ini juga hanya bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu yang merupakan destinasi kegemaran pelancong untuk membeli belah barangan kraftangan & mencari makanan menarik orang setempat.
Waktu Operasi Jeti Shahbandar:
- Feri dari Jeti Syahbandar ke Pulau Redang:
- 0900, 1030, 1500
- Feri dari Pulau Redang ke Jeti Syahbandar:
- 0700, 1100, 1300
Peta Lokasi Jeti Shahbandar:
Harga Tiket :
- Dewasa: RM 55 / sehala
- Kanak-Kanak: RM 35 / sehala
3. Terminal Bas MPKT ( Stesen Bas Kuala Terengganu)
Stesen Bas Kuala Terengganu atau dikenali di kalangan orang setempat sebagai ‘Bas Steng KT’ atau ‘Stesen Bas Bandor’ merupakan terminal bas utama di Bandaraya Kuala Terengganu. Lokasinya hanya bersebelahan dengan pusat membeli belah Paya Bunga Square, Masjid Sultan Zainal Abidin ( Masjid Putih) & hanya 500 meter ke Pasar Kedai Payang.
Di aras bawah terminal bas ini juga terdapat banyak tempat makan bajet & di aras atasnya pula terdapat ruangan kedai-kedai yang menjual barangan seperti baju, cenderahati & sebagainya. Terdapat beberapa hotel-hotel di sekeliling Terminal Bas MBKT ini seperti Hotel Grand Puteri, Hotel Indah & Hotel Paya Bunga KT.
Waktu Operasi Terminal Bas MBKT:
- Pagi-Malam
Peta Lokasi Terminal Bas MBKT:
4. Jeti Marang ( Jeti ke Pulau Kapas)
Jangan keliru antara Jeti Merang & Jeti Marang. Jeti Merang yang terletak di Jalan Pantai atau berdekatan Setiu merupakan jeti bot untuk ke Pulau Redang & Pulau Perhentian. Manakala, Jeti Marang pula yang terletak di dalam Daerah Marang adalah jeti utama untuk ke Pulau Kapas & Pulau Gemia.
Jeti Marang terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Kuala Terengganu & lokasi jeti ini sebenarnya berada di Bandar Utama Marang. Lokasi Jeti Marang ini berdekatan dengan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Pasar Marang, Taman Rekreasi Pulau Kekabu & Hentian Bas Marang yang hanya boleh berjalan kaki sahaja.
Terdapat beberapa penginapan berdekatan jeti ini yang sering menjadi lokasi bermalam para penyewa kereta kami seperti Hotel Pelangi, Hotel Seri Malaysia Marang & beberapa homestay berdekatan.
Waktu Operasi:
Dari Jeti Marang ke Pulau Kapas :
- 9.30 am, 11.30 am, 1.30 pm, 3.30 pm, 5 pm.
Dari Pulau Kapas ke Jeti Marang :
- 9.00 am, 11.00 am, 1.00 pm, 3.00 pm, 5 pm.
Peta Lokasi Jeti Marang:
Harga Tiket Feri
- RM 25
5. Hentian Bas Marang
Hentian Bas Marang merupakan terminal bas yang baru dibuka secara rasmi pada April 2019. Dahulunya, pelancong perlu ke Terminal Bas MBKT sebelum ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Kini, tidak perlu susah-susah lagi, anda boleh cari bas yang menuju ke Hentian Bas Marang sekiranya ingin bercuti di Pulau Kapas atau Pulau Gemia.
Walaupun baru dibuka, sudah ada beberapa syarikat bas yang beroperasi & mempunyai kaunter tiket di sini seperti Sani Ekspres, Transnasional, SP Bumi & juga Jasa Pelangi Ekspres.
Jarak perjalanan dari Hentian Bas Marang ke Jeti Pulau Kapas hanya 5 minit sahaja berjalan kaki. Jika anda malas berjalan kaki, aturkan masa untuk kami menghantar kereta sewa kepada anda tepat pada masa ketibaan anda di Hentian Bas Marang.
Waktu Operasi:
- Pagi-Malam
Peta Lokasi Hentian Bas Marang:
6. Stesen Bas Kuala Berang
Stesen Bas Kuala Berang merupakan satu lagi destinasi feveret untuk pelancong yang sering meminta kami menghantar kereta sewa. Stesen Bas Kuala Berang merupakan hentian bas terdekat dengan Jeti Pengkalan Gawi, iaitu pintu masuk untuk pelancong yang ingin menerokai keindahan Tasik Kenyir.
Lokasi Stesen Bas Kuala Berang terletak di dalam Bandar Kuala Berang & kira-kira 41 km ke Bandaraya Kuala Terengganu. Manakala jarak stesen bas ini ke Jeti Pengkalan Gawi sekitar 38 km. Pilihan hotel & penginapan di Kuala Berang tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Terengganu. Namun, masih ada pilihan hotel menarik berdekatan Stesen Bas Kuala Berang yang ideal untuk anda menginap seperti The Serai Cottage, AJ Hotel Kuala Berang, Hotel Anggerik Impian Kuala Berang & juga Selesa Inn Hotel.
Dari Kuala Berang, anda juga boleh menuju ke beberapa tempat menarik yang popular di sini seperti Air Terjun Sekayu atau pun ke Memorial Batu Bersurat yang merupakan kawasan bersejarah yang sangat dekat dengan hati rakyat negeri Terengganu.
Waktu Operasi :
- Pagi-Malam
Peta Lokasi Stesen Bas Kuala Berang:
7. Hotel, Homestay di Kuala Terengganu, Marang & K. Berang
Selain lokasi-lokasi di atas, hotel & homestay dalam Kuala Terengganu, Marang serta Kuala Berang juga merupakan pick-up point untuk pelancong yang ingin ambil kereta sewa. Di mana-mana jua lokasi dalam kawasan operasi untuk anda ambil kereta sewa, kami boleh realisasikannya.
Untuk rujukan anda, ini dia Top 10 hotel paling popular & paling banyak kami hantar kereta sewa. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda mencari penginapan ideal apabila bercuti di Terengganu kelak.
Top 10 Hotel di Kuala Terengganu
Ini adalah senarai hotel yang popular di Kuala Terengganu. Info lanjut, sila semak harga di Agoda
- TH Hotel Kuala Terengganu
- Grand Puteri Kuala Terengganu
- Primula Beach Resort
- Felda Residence KT
- Paya Bunga Hotel Kuala Terengganu
- Grand Continental K. Terengganu
- Duyong Marina & Resort
- Kenangan Hotel KT
- Hotel Seri Malaysia KT
- Suite18 Boutique Hotel
Top 10 Hotel Dekat Airport KT
Ini hotel-hotel popular berdekatan Airport Kuala Terengganu. Info lanjut, sila semak harga di Agoda.
- TH Hotel Kuala Terengganu
- AM Transit Inn
- Scout Inn Resort
- Quinara Al-Safir Resort
- Kuala Terengganu Golf Resort
- Place2Stay@GongBadak
- Rimba Hotel
- Anjung Pantai Seberang
- Duyong Marina & Resort
- Hotel Valya Kuala Terengganu