Tempoh Minima Sewa Kereta

Tempoh minimum sewa kereta adalah 24 jam. ( Kecuali pada Cuti Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha)

Dokumen Yang Perlu Disediakan Oleh Penyewa

  1. Salinan MyKad penyewa kereta.
  2. Salinan lesen memandu penyewa yang sah & belum tamat tempoh.
  3. Salinan kad pengenalan rujukan (contoh: isteri, suami, saudara, adik dll).
  4. Bil utiliti tempat tinggal yang asal untuk pengesahan alamat (contoh: Astro, TNB, dll).

Pembayaran

  1. Jumlah keseluruhan kadar sewa termasuk dengan Security Deposit perlu dijelaskan sebelum/ketika mengambil kereta sewa samaada melalui online banking ataupun secara Cash On Delivery (COD).
  2. Kadar bayaran Security Deposit bergantung kepada jenis kereta sewa & masa/tempoh penyewaan. Semua wang Security Deposit akan dipulangkan kembali kepada penyewa apabila kereta sewa dipulangkan kepada kami dalam keadaan yang baik & bebas daripada saman trafik/bandaran.
  3. Jika ingin buat tempahan awal, penyewa perlu ‘bank-in’ minimum RM50 sebagai booking fee ataupun “tanda jadi”. Jumlah ‘booking fee’ ini adalah bergantung kepada jenis kereta sewa & tempoh sewa.
  4. Jika kereta sewa lambat dipulangkan kepada kami, setiap jam yang berikutnya akan dicas minimum RM15/jam (bergantung kepada jenis kereta).

Syarat Pemandu Yang Menyewa Kereta

  1. Mesti mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah & masih belum tamat tempoh.
  2. Sihat tubuh badan & waras akal fikirannya.
  3. Wajib hadirkan diri ketika ambil kereta sewa untuk tandatangan borang perjanjian.

Saman

  1. Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.

Kadar Harga Penghantaran & Ambil Kereta Sewa

  1. Jika ingin servis penghantaran/ambil kereta sewa di lokasi anda, cas delivery akan dikenakan & jumlahnya adalah bergantung kepada lokasi.
  2. Penghantaran PERCUMA hanya untuk lokasi-lokasi terpilih sahaj.

Syarat & Larangan Ketika Menyewa Kereta

  1. Dilarang melakukan aktiviti jenayah atau atau sebarang aktiviti melanggar undang-undang negara Malaysia.
  2. Dilarang ubah suai kenderaan sewa.
  3. Dilarang membawa buah/bahan yang berbau kuat seperti durian dan cempedak.
  4. Dilarang menyewakan / meminjamkan kereta sewa kepada orang lain (Sublet).
  5. Dilarang memandu kereta sewa keluar daripada Semenanjung Malaysia.
  6. Dalam tempoh penyewaan, jika berlaku kerosakan pada kereta disebabkan kecuaian penyewa, cas minimum (RM50) atau maksimum (RM2000) akan dikenakan kepada penyewa. Nilai bayaran bergantung kepada jenis & tahap kerosakan.
  7. Jika berlaku kerosakan teknikal seperti bateri habis atau radiator panas, kami akan menggantikan dengan kereta lain jika ada. Atau memulangkan wang anda kembali.

* Jika anda menempah kereta daripada kami maka kami beranggapan anda sudah memahami & bersetuju dengan syarat dan terma ini.
** Ada kemusykilan ? Sila hubungi kami di sini?