Van Sewa Kuala Terengganu – Toyota Hiace VIP Thai Look
Nak cari Van Sewa di Kuala Terengganu bersama pemandu peribadi ?
ATAU anda sendiri nak pandu van sewa apabila bercuti di KT nanti ?
Jika YA, anda berada di halaman yang terpaling tepat !
Van Sewa di Kuala Terengganu by KSG
Kami di KSG menawarkan beberapa model van sewa yang ideal untuk apa jua aktiviti anda secara berkumpulan…
- ✅ Untuk rombongan kahwin ? boleh..
- ✅ Nak trip cuti bersama keluarga / geng pejabat dalam semenanjung Malaysia / selatan Thailand ? boleh..
- ✅ Airport transfer ke jeti-jeti sekitar Terengganu ? boleh..
- ✅ Pick-up pekerja dari rumah ke rumah & transfer ke base tempat kerja ? boleh…
- ✅ Rombongan tengok bola ke stadium ? boleh boh…
Sejak beroperasi dari tahun 2013-2025 , kami berpengalaman dalam macam-macam misi…
Antara Koleksi Van-Van Sewa di Terengganu Untuk Perjalanan Anda Secara Group
Antara Koleksi Van Sewa di Kuala Terengganu by KSG ;
- Toyota Hiace
- Toyota Hiace VIP Thailand Ada Gaya!!
- Toyota Hiace AUTO Seat VIP Thai Ada Gaya!!
- Hyundai Starex Grand
- Hyundai Starex Facelift
- Hyundai Starex Facelift 2020
Kondisi Van Sewa Terbaik & Diselenggara Berkala Sentiasa
Semua van yang kami sediakan sentiasa berada dalam kondisi tip-top, bersih, selesa dan paling penting, selamat untuk perjalanan jauh atau dekat.
Kami jalankan penyelenggaraan secara berkala supaya anda tak perlu risau tentang isu teknikal atau kerosakan mengejut.
Setiap kali sebelum van dihantar kepada pelanggan, kami pastikan semuanya diperiksa, dari brek, tayar, aircond sampai ke tahap minyak.
Bila anda sewa van dengan kami, maksudnya anda tengah naik kenderaan yang dah sedia untuk jalan jauh tanpa sebarang keraguan.
Mana² Lokasi Dalam Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus & Kuala Berang Kami Boleh Hantar Van Sewa Anda
Nak Sewa Van & Pandu Sendiri ?
Jika anda nak sewa van & pandu sendiri, kami boleh hantar & pick-up van sewa di depan pintu rumah anda, lobby hotel, Airport KT, stesen bas, jeti atau di mana² lokasi dalam Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang & Kuala Berang.
Nak Sewa Van + Pemandu Peribadi ?
Jika anda sewa van bersama pemandu, kami boleh ke lokasi anda satu persatu untuk pick-up group anda sebelum kita sama² menuju ke destinasi tujuan seperti airport, hotel, stadium, KSB, KLIA dan lain²…
Rasa Kekok Drive Van Sewa di Kuala Terengganu Sebab Tak Biasa ?
Kami Sediakan Pemandu Berpengalaman
Tak perlu risau soal pemanduan, kami sediakan pemandu van yang berpengalaman dan mesra pelanggan untuk memastikan perjalanan anda lancar dari awal hingga akhir.
Bayangkan anda hanya duduk selesa macam VIP di belakang van, sambil menikmati pemandangan, berbual santai, atau layan lagu karaoke bersama geng travel.
Tiada stres, tiada penat!
Simpan tenaga anda untuk aktiviti di destinasi nanti, biar pemandu kami yang uruskan hal jalan raya.
Tak berbaloi datang bercuti tapi sampai tempat dah lesu sebab drive sendiri, kan?
Pemandu ready, van standby anda tinggal pilih tarikh je! Booking sekarang sebelum penuh!
Sebelum naik kelaut. Karaoke satu round !
Sebelum naik kelaut. Karaoke dua round !
Macam-Macam Kenangan Manis Bersama Pelanggan Kami
Dari pelancong solo hingga rombongan keluarga besar, ramai yang dah sewa van kami di Kuala Terengganu, dan setiap trip ada cerita tersendiri yang seronok untuk dikenang.
Samaada untuk tujuan Rombongan Sekolah, Rombongan Kenduri Kawin, Rombongan Hari Keluarga , Transfer Ke Airport, Transfer Ke stesen Kereta Api, Trip Tengok Bola…Semuanya ada & best!!
Alhamdulillah, feedback pun banyak yang positif. Seronok bila dapat jadi sebahagian dari pengalaman indah percutian mereka!
Sewa Van + Trip Lengkap: Dalam Negara & Sampai Thailand Pun Boleh!
Selain itu, kami turut menawarkan beberapa pakej-pakej menarik lain seperti;
- Pakej Van Bersama Homestay’s Di Cameron
- Pakej Ke Langkawai
- Pakej Ke 3 Wilayah Thailand
- Pakej Ke Hatyai Thailand
- Dan Banyak Lagi Ke Tempat2 Menarik Dalam Dan Luar Negara
Setiap pakej trip van sewa ini boleh customize mengikut kehendak anda seperti berkenaan penginapan, makan, insurans perjalanan & sebagainya…
Sebarang Pertanyaan Untuk Van Sewa & Kereta Sewa di Kuala Terengganu…
Boleh Call @ Whatsapp <<–KLIK SINI








