Tempahan Raya 2017 Sewa Kereta Terengganu – HABIS

Salam. Kalau seminggu lepas hanya 4 kereta sewa yang available & hari ini KSG ingin memaklumkan bahawa tempahan kereta sewa untuk hari raya 2017 sudah habis. Terima kasih kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan awal-awal.

Kalau ada yang cancel, kami pass kereta sewa kepada anda

Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih tidak dapat mencari kereta sewa di Kuala Terengganu untuk hari raya 2017, sila tinggal mesej anda kepada kami melalui email atau whatsapp di talian 011-23653839. Mana tahu sekiranya ada customer kami yang tiba-tiba batalkan tempahan sewa kereta raya 2017, kami boleh pass kepada anda. Namun, kami tidak memberi jaminan apa-apa, kalau bernasib baik & ada rezeki anda, maka ada.

Dalam promosi yang telah dikongsikan sebelum ini, KSG menawarkan 2 jenis pakej untuk sewa kereta Hari Raya 2017, iaitu sewa 4 hari percuma sehari & sewa 5 hari percuma 2 hari. Tarikh mula sewa selewat-lewatnya 24hb June memandangkan 25hb adalah Hari Raya Pertama. Maka, dalam tempoh 4-7 hari bermula Hari Raya Puasa 2017 yang pertama, tiada kereta sewa yang available untuk disewa.

Kami memohon maaf sekiranya ada tempahan yang tidak dapat kami penuhi untuk Raya 2017. Semoga anda dapat cari kereta sewa anda di Terengganu dengan pengusaha kereta sewa yang lain di Terengganu. Kalau bernasib baik, Insyallah ada kereta sewa di Terengganu untuk tempahan last minute, namun kebarangkalian nak dapat saat-saat akhir begini memang sangat susah.

Terima Kasih Yang Telah Buat Tempahan Sewa Kereta Raya 2017

KSG ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan-pelanggan yang telah membuat tempahan awal untuk sewa kereta di Terengganu untuk hari rata 2017. Sila pastikan anda sediakan dokumen kereta sewa penting yang WAJIB ketika mengambil kereta sewa kelak. Sila rujuk terma & syarat sewa kereta kami atau baca soalan lazim pelanggan kereta sewa.

Semak tarikh luput lesen anda sebelum ambil kereta

Dan, seperti beberapa kes tahun sebelumnya, ada pelanggan yang telah buat tempahan tetapi terlupa nak renew lesen kereta, jadi pastikan anda semak tarikh luput lesen kereta anda. Tanpa lesen yang masih hidup, kami tidak dapat memberi kereta sewa kepada anda walaupun booking fee telah dibayar kerana adalah satu kesalahan di sisi undang-undang untuk berbuat sedemikian.

Selamat Hari Raya & Selamat Pulang Ke Kampung

KSG ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & SELAMAT pulang ke kampung dengan selamat.