Tempahan Kereta Sewa Untuk Hari Raya Aidilfitri 2019 DITUTUP

Assalamualaikum.

Untuk makluman, tempahan kereta sewa di KSG untuk tempoh Hari Raya Aidilfitri 2019 ditutup .

Alhamdulillah, kesemua pakej-pakej kereta sewa Aidilfitri 2019 yang diwar-warkan sebelum ini sudah mempunyai bakal penyewa yang buat tempahan awal.

Untuk makluman, jadual kereta sewa kami penuh untuk seminggu pertama pada Hari Raya Puasa 2019 ini. Ini bermakna, TIADA kereta sewa kosong di KSG antara 5 Jun – 10 Jun 2019.

Kami mohon maaf kepada para pelanggan yang tidak putus-putus hubungi kami dalam sehari dua ini kerana tidak dapat memenuhi permintaan anda untuk sewa kereta.

Kepada yang gagal dapatkan kereta sewa di KSG, kami doakan anda mendapat kereta sewa di tempat lain supaya semua orang tidak ‘patah kaki’ hari raya nanti.

TINGGALKAN NOMBOR TELEFON ANDA

Jika anda ingin mencuba nasib, boleh WhatsApp kami di sini & tinggal butiran anda. Manalah tahu, jika ada penyewa yang tiba-tiba cancel booking, kami boleh pass kepada anda.

Jika ada sesetengah di kalangan anda yang terpaksa berkerja di perantauan pada minggu pertama raya nanti & ingin sewa kereta di Kuala Terengganu, Marang atau Kuala Berang selepas 10 Jun 2019, sila hubungi kami.

Kami mempunyai banyak pilihan kereta sewa murah & juga sediakan servis delivery kereta sewa anda di mana-mana juga dalam kawasan beroperasi.

Di bulan baik & mulia ini, kami di KSG ingin susun sepuluh jari & memohon maaf kepada semua penyewa yang pernah atau bakal sewa kereta dengan kami sekiranya ada kekilafan di pihak kami.

Akhir kata, kami di KSG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba & berhati-hatilah di jalan raya.

Pin It on Pinterest

Share This