Tempahan Kereta Sewa Cuti Sekolah Hujung Tahun 2018

Salam. Seperti setiap hujung tahun terutamanya di cuti sekolah yang panjang nanti, memang ramai orang luar Terengganu yang akan datang melancong ke Terengganu.

Sekiranya anda bercadang bercuti di Terengganu dengan menaiki bas ekspress atau flight & perlukan kereta sewa untuk bergerak di sini, sila hubungi kami untuk buat tempahan.

Di KSG, kami membuat delivery kereta sewa ke lokasi anda sekitar dalam bandar Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang.

Jadi kalau anda bercuti di Kuala Terengganu & perlukan kereta sewa di Stesen Bas Kuala Terengganu ataupun di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, kami boleh bantu.

tempat kereta sewa online

Proses tempah kereta sewa di KeretaSewaGanu sangat mudah sahaja:

  1. Hubungi kami melalui WhatsApp di 011-2365 3839 ataupun anda boleh terus tuliskan butiran penting secara online dengan isi borang tempahan di sini.
  2. Kami akan memberi maklum balas sepantas mungkin sebaik kami mendapat maklumat seperti jenis kereta yang nak disewa, tarikh mula / akhir sewa kereta & juga lokasi delivery yang anda mahu kami hantar kereta ( samaada di hotel, airport, terminal bas ataupun di homestay)
  3. Sekiranya jenis kereta & tarikh yang anda tempah available, anda hanya perlu bayar booking deposit sebagai tanda jadi( RM 50-RM 100 bergantung pada jenis kereta).

Mudahkan buat tempahan kereta sewa dengan kami. 🙂

Harga-harga kereta sewa bajet di Kuala Terengganu paling JIMAT

kereta sewa gong badak terengganu

Kami menawarkan pelbagai jenis kereta sewa di Kuala Terengganu pada harga yang menjimatkan. Samaada kereta kecil yang jimat minyak seperti perodua kenari / axia/ myvi ataupun kereta besar sedikit seperti Alza.

Anda boleh rujuk senarai harga kereta sewa kami & juga pakej-pakej yang ada di halaman ini.

Servis Puas Hati InsyaAllah

servis kereta sewa kuala terengganu airport

Insyaallah, dengan pengalaman sejak 2013, kami sudah membantu ratusan penyewa kereta dari dalam & luar Terengganu. Anda boleh lihat di fanpage kami & di google map review-review daripada penyewa-penyewa yang pernah sewa dengan kami.

Namun, dalam melakukan usaha kami memberi khidmat terbaik, sudah pasti akan ada dugaan untuk kami & mungkin juga anda yang tidak kita ingini. Namun, kami bersedia untuk menambah baik pulih servis kereta sewa kami agar dapat memberi kepuasan kepada pihak anda.

Apa-apa masalah sila berhubung dengan kami & kami sedia membantu.

Jom Cuti di Kuala Terengganu Cuti Sekolah Nanti

Kuala Terengganu mempunyai banyak tempat menarik yang sesuai untuk anda melepaskan lelah daripada hiruk pikuk bandar.

Yelah, bagi orang Kuala Lumpur atau JB yang berada di dalam bandar besar, suasana harian yang selalu jem & serabut dengan kerja membuatkan kita penat.

Kadang-kadang terasa ingin menjauhkan diri ke satu detinasi menarik yang tenang & mempunyai suasana persekitaran yang lain agar kita dapat menenangkan diri seketika.

Kuala Terengganu merupakan bandar yang tidak terlalu besar & tiada trafik jem yang super jem macam di KL atau Penang,

Jadi kalau anda bercuti di KT, jiwa rasa lebih tenang. Nak memandu pun tiada rasa stress rasa macam nak langgar je kereta orang lain.

Kebiasaannya penyewa yang datang bercuti ke Terengganu suka memburu makanan-makanan tradisional orang Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor di Losong & juga santai-santai di pantai.

Musim Tengkujuh Hujung Tahun Tidak Sesuai Ke Pulau Pulau Di Terengganu

Cuti hujung tahun merupakan tempoh berlakunya peralihan monsun atau musim Tengkujuh. Jadi taburan hujan di Terengganu lebih lebat daripada biasa.

Maka, tidak sesuai untuk anda yang datang bercuti ke Terengganu yang nak pergi ke kawasan pulau seperti di Pulau Kapas atau Redang.

Selain di pulau, pelancong tidak digalakkan untuk bercuti di kawasan air terjun seperti di Air Terjun Sekayu ataupun di Cemerong.

Namun, pada musim tengkujuh ini, masih banyak aktiviti menarik lain yang boleh di lakukan. Anda boleh cari idea tempat-tempat menarik di Kuala Terengganu di blog percutian ini & 25+ Tempat Makan Menarik yang ada di Kuala Terengganu.

Selamat mencuba ya 🙂