Sewa Kereta di Kemaman, Terengganu – Jauh Tapi Boleh

Semenjak dua menjak ini, banyak pula yang sms/whatsapp/call kami untuk sewa kereta tetapi sayangnya lokasi anda jauh, terutamanya di Dungun & Kemaman

Untuk pengetahuan lokasi kereta sewa kami  adalah di Bukit Payung, Marang, Terengganu. Jadi kalau nak buat penghantaran mungkin agak susah bagi kami kerana terhad dari segi masa…

Orang Kemaman & Dungun Boleh kalau nak sewa kereta dengan kami tapi….

Cara yang pertama: Anda datang sendiri ke sini ke Bukit Payung untuk ambil kereta…Sekiranya anda ada motorsikal, boleh parking di ofis kami..

Cara yang kedua: Kalau anda booking awal untuk tempoh sewaan kereta sekurang-kurangnya seminggu, kami boleh pertimbangkan untuk buat servis delivery…

Begitulah cara2nya yang boleh kami fikir untuk selesaikan masalah jarak antara benua dianatara kami dan penyewa2 yang jauh…

Ada soalan? Sila baca soalan lazim ini dahulu sebelum tanya kami 🙂

Wassalam…