Servis Penghantaran Kereta Sewa Kuala Terengganu
Anda perlukan kereta sewa dihantar terus ke lokasi seperti airport, jeti atau hotel?
Tak ada masalah! Kami di KSG sediakan servis penghantaran yang fleksibel dan ikut masa anda.
Tak kira anda sampai awal pagi, tengah malam, atau hari cuti (kecuali cuti raya), kami tetap hantar kereta anda sampai depan pintu.
Lokasi Penghantaran Utama
Airport Kuala
Terengganu (TGG)
Kami boleh hantar kereta terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Sampai je airport, terus ambil kunci, tak perlu tunggu lama atau cari Grab.
Stesen Bas
MBKT
Kalau anda turun di Terminal MBKT, kami boleh hantar kereta terus ke sana. Senang untuk sambung perjalanan terus ke hotel atau kampung halaman.
Jeti Pulau Redang
& Perhentian
Ramai pelancong minta kami hantar kereta ke jeti Shahbandar, Jeti Merang dan Jeti Kuala Besut. Lepas balik dari pulau, terus boleh naik kereta sambung jalan-jalan!
Hotel & Homestay
Sekitar KT
Sama ada anda menginap di hotel bandar, homestay di Batu Burok, atau resort di Chendering, kami boleh hantar terus ke pintu bilik.
Kawasan / Daerah Untuk Servis Delivery Kereta Sewa/Van Sewa

Bandar
Kuala Terengganu
Ibu negeri Terengganu. Terkenal sebagai destinasi pelancongan utama untuk pelancong terokai makanan-makanan terkenal di Terengganu. Samada ke jeti, hotel, airport KT, homestay atau stesen bas, kami boleh hantar.

Bandar
Marang
Daerah di selatan Kuala Terengganu. Terkenal dengan Pulau Kapas & Pulau Gemia yang merupakan destinasi percutian di pulau paling dekat serta paling menarik dengan Bandar Kuala Terengganu

Bandar
Kuala Berang
Kawasan yang terkenal sebagai sumber ikan air tawar & masakan ala kampung yang menyelerakan. Di sini jugalah terletaknya Air Terjun Sekayu yang merupakan tempat mandi manda di air terjun yang sangat menarik.
Setiap hari, menjadi rutin kami membuat penghantaran kereta sewa ke lokasi-lokasi feveret pelancong seperti berikut.
1. Lapangan Terbang Kuala Terengganu

Lapangan Terbang Sultan Mahmud atau Airport Kuala Terengganu merupakan lapangan terbang utama di Terengganu. Terletak di Kuala Nerus & kira-kira 15 km ke Bandaraya Kuala Terengganu.Lokasi Lapangan Terbang KT ini terletak berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Kuala Terengganu seperti Pantai Teluk Ketapang, Uptown Kontena & di sekitarnya juga terdapat banyak hotel serta homestay.
Jika anda ingin menerokai tempat-tempat makan menarik di Kuala Terengganu, terdapat beberapa lokasi berdekatan yang boleh anda terokai dari Lapangan Terbang Kuala Terengganu seperti Warung Air Buah Gelas Pak San, Keropok Lekor Bukit Tok Beng, Ikan Celup Tepung Pok Long & sebagainya.
2. Jeti Shahbandar Kuala Terengganu

Selain Jeti Merang, Jeti Shahbandar yang terletak di Kuala Terengganu juga merupakan jeti utama untuk pelancong ke Pulau Redang.
Walaupun perjalanan dengan bot ke Pulau Redang lebih lama berbanding dari Jeti Merang, namun ianya menjadi pilihan utama pelancong kerana lokasinya yang lebih strategik & berdekatan dengan pusat bandar.
Lokasi Shahbandar Jetty ini juga hanya bersebelahan dengan Pasar Kedai Payang Kuala Terengganu yang merupakan destinasi kegemaran pelancong untuk membeli belah barangan kraftangan & mencari makanan menarik orang setempat.
3. Terminal Bas MPKT ( Stesen Bas Kuala Terengganu)

Stesen Bas Kuala Terengganu atau dikenali di kalangan orang setempat sebagai ‘Bas Steng KT’ atau ‘Stesen Bas Bandor’ merupakan terminal bas utama di Bandaraya Kuala Terengganu. Lokasinya hanya bersebelahan dengan pusat membeli belah Paya Bunga Square, Masjid Sultan Zainal Abidin ( Masjid Putih) & hanya 500 meter ke Pasar Kedai Payang.
Di aras bawah terminal bas ini juga terdapat banyak tempat makan bajet & di aras atasnya pula terdapat ruangan kedai-kedai yang menjual barangan seperti baju, cenderahati & sebagainya. Terdapat beberapa hotel-hotel di sekeliling Terminal Bas MBKT ini seperti Hotel Grand Puteri, Hotel Indah & Hotel Paya Bunga KT.
4. Jeti Marang ( Jeti ke Pulau Kapas)

Jangan keliru antara Jeti Merang & Jeti Marang. Jeti Merang yang terletak di Jalan Pantai atau berdekatan Setiu merupakan jeti bot untuk ke Pulau Redang & Pulau Perhentian. Manakala, Jeti Marang pula yang terletak di dalam Daerah Marang adalah jeti utama untuk ke Pulau Kapas & Pulau Gemia.
Jeti Marang terletak kira-kira 20 km dari Bandaraya Kuala Terengganu & lokasi jeti ini sebenarnya berada di Bandar Utama Marang. Lokasi Jeti Marang ini berdekatan dengan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Pasar Marang, Taman Rekreasi Pulau Kekabu & Hentian Bas Marang yang hanya boleh berjalan kaki sahaja.
5. Hentian Bas Marang

Hentian Bas Marang merupakan terminal bas yang baru dibuka secara rasmi pada April 2019. Dahulunya, pelancong perlu ke Terminal Bas MBKT sebelum ke Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas. Kini, tidak perlu susah-susah lagi, anda boleh cari bas yang menuju ke Hentian Bas Marang sekiranya ingin bercuti di Pulau Kapas atau Pulau Gemia.
Walaupun baru dibuka, sudah ada beberapa syarikat bas yang beroperasi & mempunyai kaunter tiket di sini seperti Sani Ekspres, Transnasional, SP Bumi & juga Jasa Pelangi Ekspres.
6. Stesen Bas Kuala Berang

Stesen Bas Kuala Berang merupakan satu lagi destinasi feveret untuk pelancong yang sering meminta kami menghantar kereta sewa. Stesen Bas Kuala Berang merupakan hentian bas terdekat dengan Jeti Pengkalan Gawi, iaitu pintu masuk untuk pelancong yang ingin menerokai keindahan Tasik Kenyir.
Lokasi Stesen Bas Kuala Berang terletak di dalam Bandar Kuala Berang & kira-kira 41 km ke Bandaraya Kuala Terengganu. Manakala jarak stesen bas ini ke Jeti Pengkalan Gawi sekitar 38 km. Pilihan hotel & penginapan di Kuala Berang tidaklah terlalu banyak seperti di Kuala Terengganu.
7. Hotel, Homestay di Kuala Terengganu, Marang & K. Berang

Selain lokasi-lokasi di atas, hotel & homestay dalam Kuala Terengganu, Marang serta Kuala Berang juga merupakan pick-up point untuk pelancong yang ingin ambil kereta sewa. Di mana-mana jua lokasi dalam kawasan operasi untuk anda ambil kereta sewa, kami boleh realisasikannya.
Untuk rujukan anda, ini dia Top 10 hotel paling popular & paling banyak kami hantar kereta sewa. Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk anda mencari penginapan ideal apabila bercuti di Terengganu kelak.
Ya ADA. Umumnya kami membuat servis penghantaran di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang & Kuala Berang sahaja.
Contoh: Delivery ke Airport KT/Stesen Bas KT/ Jeti / Hotel dll. PERCUMA penghantaran ke kawasan-kawasan terpilih.
Maaf, kereta sewa hanya akan diberi kepada penyewa yang membawa dokumen yang lengkap.
Sila Rujuk SINI untuk dokumen yang kami perlukan.
Maaf tidak boleh, penyewa perlu datang sendiri untuk menandatangani borang perjanjian kereta sewa.
Maaf, pihak kami hanya menawarkan tempoh sewaan minima satu hari atau pun 24 jam.
Bagaimanapun, musim cuti Raya Aidilfitri / Aidiladha, minimum tempoh hari untuk sewa kereta adalah lebih panjang
Untuk sewaan tempoh satu hari adalah bersamaan 24 jam.
Jadi anda boleh pulangkan pada keesokan harinya pada pukul 9 pagi juga.
Nak buat tempahan? Sila layari di sini
Ada soalan? Sila hubungi saya di sini
