Pantai Menarik di Kuala Terengganu Untuk Santai-Santai

Hari ini terdetik rasa nak share lokasi-lokasi menarik sekitar Kuala Terengganu yang boleh anda lawati. Ramai penyewa kereta yang datang ke Kuala Terengganu asyik tanya…

“Bang apa yang best di Kuala Terengganu errrkk ?”

Ok..memandangkan ramai sangat penyewa kereta dah tanya, hari ini abang nak belanja sikit tempat-tempat menarik sekitar Bandar Kuala Terengganu yang boleh korang lawati…

Best ke tak best tempat-tempat ni? up to u lah nak decide…lain selera lain citarasa dia… “ke guane??”

3 Pantai Yang Santai & Menarik Di Sekitar Bandar KT

1 . Pantai Teluk Ketapang

pantai teluk ketapang kt

Aktiviti menarik sekitar Pantai Teluk Ketapang:

  • lepak tepi pantai, naik kereta kuda, main layang-layang & kejar-kejar di gigian pantai.
  • Tak boleh mandi & sangat bahaya
  • makan ikan celup tepung di Warung Ikan Celup Tepung. Ada beberapa kedai ikan celup tepung di sini.
  • duduk atas benteng batu sekitar Airport Sultan Mahmud sambil layang angin pantai & kalau nasib baik tengok kapal terbang landing/take off
  • Waktu malam boleh ke Dapo Pata atau dikenali dengan Uptown Kontena untuk lepak-lepak sampai tengah malam. Suasana di sini lain sket ala-ala hipster & santai Terengganu style..
  • Minum Air Buah Gelas Besar di Kampung Bukit Tokbeng ( 5 minit dari Airport KT)
  • Borong Keropok Lekor di Kedai Keropok Lekor BTB ( 6 minit dari Airport KT)

Jangka masa memandu kereta ke Pantai Teluk Ketapang dari beberapa landmark utama di sekitar Kuala Terengganu. ( no worries Terengganu tiada traffik jem yang teruk macam KL)

  • 15 minit dari Terminal Bas KT (Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ) / Jeti Shah Bandar
  • 5 minit dari Airport Kuala Terengganu
  • 20 minit dari Jeti Marang ( Jeti Pulau Kapas)

2. Pantai Batu Buruk

can rental kuala terengganu cheap

Aktiviti menarik sekitar Pantai Batu Buruk:

  • Lepak tepi pantai makan makanan santai orang Terengganu seperti keropok lekor, ikan celup tepung ( area Teluk Ketapang/ Pantai Mengabang Telipot lebih popular)
  • Tak boleh mandi & sangat bahaya
  • Main layang-layang & ajak anak-anak ke playground kat sini yang boleh kata paling meriah dalam Bandar Kuala Terengganu.
  • Makan ayam kentaki ataupun minum A&W ( orang Terengganu panggil “A N Double” (2 harakat)
  • Waktu malam ada beberapa medan ikan bakar & foodcourt yang boleh dicuba
  • Petang-petang boleh main ATV atau naik kereta kuda

Jangka masa memandu kereta ke Pantai Batu Buruk dari beberapa landmark utama di sekitar Kuala Terengganu.( no worries Terengganu tiada traffik jem yang teruk macam KL)

  • 15 minit dari Airport Kuala Terengganu
  • 5 minit dari Terminal Bas KT (Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu ) / Jeti Shah Bandar
  • 10 minit dari Jeti Marang ( Jeti Pulau Kapas)

3. Pantai Kelulut di Marang

ikan bakar marang sewa keretaAktiviti menarik di Pantai Kelulut

  • Belah malam singgah di Medan Selera Esplande di Kelulut untuk makan ikan bakar yang best-best. Deretan kedai di sini ada 10 buah lebih kurang. Waktu cuti sekolah, meriah !
  • Waktu petang ada juga beberapa gerai yang baru buka untuk aktiviti makan santai petang. Minum air kelapa, makan keropok lekor dll.
  • Petang lepak-lepaklah sekitar Marang Waterfron atau di Benteng Marang / Benteng Pemecah Ombak. Ambil-ambil gambar sini memang menarik
  • Kaki photografi, subjek sekeliling kat Jeti Marang banyak terutamanya di Kampung Seberang Nelayan Seberang Marang ! Waktu pagi masa matahari naik ! Superb panoramanya.
  • Kalau rasa nak minum air tuak, sebelum waktu malam, dari Pantai Kelulut pandu kereta menuju ke Pulau Kerengga. Banyak gerai-gerai tepi jalan yang jual air tuak/air nira & jagung-jagung segar.

Jangka masa memandu kereta ke Pantai Kelulut dari beberapa landmark utama di sekitar Kuala Terengganu. ( no worries Terengganu tiada traffik jem yang teruk macam KL)

  • 20 minit dari Terminal Bas KT/ Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu / Jeti Shah Bandar
  • 2 minit dari Jeti Marang ( Jeti Pulau Kapas)
  • 30 minit dari Airport Kuala Terengganu

Untuk maklumat lanjut tentang tempat menarik di Marang, Terengganu, sila ke => pautan ini.

Okay ! Cukup dulu setakat ini. Selamat bercuti ke Terengganu.

Perlukan kereta sewa untuk jalan jalan makan angin di KT? Hubungi kami .

Kami sediakan delivery kereta sewa ke Airport KT, Terminal Bas KT ( Stesen Bas MPKT) & di mana-mana lokasi hotel/homestay/rumah anda di sekitar Kuala Terengganu, Marang & termasuk juga di Kuala Berang. Sekian !