Pakej JIMAT Raya Aidiladha 2017 Kereta Sewa di Terengganu

Salam, seperti yang dijanjikan seperti dalam entri sebelum ini, kami akan menawarkan Pakej JIMAT Kereta Sewa untuk cuti panjang yang akan tiba kelak pada Cuti Hari Kemerdekaan  & juga Cuti Hari Raya Aidiladha 2017.

Tarikh Cuti Sambutan Kemerdekaan 2017 & Hari Raya Aidiladha 2017

pakej sewa kereta raya haji 2017

  • Hari Merdeka – 31 Ogos 2017 (Khamis)
  • Hari Pertama Raya Aidiladha – 1 September 2017 (Jumaat)

Jadi memandangkan cuti-cuti ini bersambungan dengan hujung minggu (Sabtu/Ahad) untuk kebanyakan negeri, maka memang boleh cuti panjanglah untuk anda balik ke kampung.

Pakej SEWA 4 Hari PERCUMA 1 hari & SEWA 5 Hari PERCUMA 2 hari

promosi kereta sewa ray ahaji 2017

Pakej Sewa Kereta Raya 2017 dari KSG memang sangat berpatutan dan kena dengan bajet orang kebanyakan. Pastikan anda tempah kereta sewa untuk balik kampung awal-awal, jangan lambat-lambat nanti melepas.

Harga sewa boleh naik mendadak di saat2 akhir

Seperti kebanyakan kes raya-raya sebelum ini, ramai yang mencari kereta sewa disaat-saat akhir, & ramai yang komplen harga kereta sewa juga akan naik berkali-kali ganda di sesetengah kawasan. Anda perlu faham, membuat tempahan pada saat akhir memberi cabaran yang agak susah untuk pengusaha kereta sewa untuk mengaturkan jadual pada saat2 last minute. Jadi untuk mengelakkan anda bayar lebih, sila komfemkan tempahan anda seawal mungkin.

Di KSG, kami sentiasa pegang harga promosi kereta sewa kami walaupun tempahan di saat-saat akhir. NAMUN ! tidak pernah kami mendapat tempahan saat2 akhir kerana kebiasaannya pada cuti umum yang panjang, kereta kami memang cepat habis.

Tetapi ada juga ketika tiba2 penyewa membatalkan tempahan saat2 akhir, kami boleh buka semula tempahan kepada umum.

Tak konfem nak balik ke tak?

Booking fee untuk tempahan kereta sewa bukannya mahal, hanya antara RM 100- RM 200 bergantung kepada jenis kereta. Andaikata pada saat-saat akhir anda tidak boleh balik atas urusan kerja yang datang secara tiba-tiba, anda hanya burn RM 100 sahaja, berbanding dengan tempahan kereta pada saat2 akhir yang mana harga kereta sewa boleh naik berlipat2 kali ganda.

FREE Delivery untuk yang tempah awal

Selamat berkira-kira & tempahan awal sebelum 10 Ogos 2017 juga akan kami buat FREE DELIVERY ke mana2 lokasi di area Bandar Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang. Tempahan selepas 10 Ogos 2017 akan dikenakan cas delivery. Sekian Wassalam.