LAST CALL – Promosi Sewa Kereta Raya Haji 2017

Salam. Siapa lagi mencari kereta untuk disewa di Kuala Terengganu pada cuti Merdeka & Hari Raya Haji 2017? Sekiranya ada lagi yang masih belum buat keputusan….Cepat-cepat hubungi kami ye.

Ada beberapa lagi kereta yang tinggal untuk disewa raya haji ni…Jangan tunggu lama-lama, kami tak janji kereta akan available kalau anda hubungi esok.

Ramai Yang Happy Dengan Servis Car Rental Kami 🙂

car rental kuala terengganuSejak beroperasi servis kereta sewa kami di Kuala Terengganu pada tahun 2013, ramai yang beri positif feedback ! Terima Kasih banyak-banyak kepada customer yg masih mempercayai servis kami..

Ya kami tahu, servis kami tidak perfect, ada juga beberapa keadaan yang sebaliknya. Kami menerima apa-apa kritika membina dalam meningkatkan mutu servis kereta sewa kami untuk pelanggan2 semua.

Support anda sangat dihargai.

Tahun ke tahun, ramai pelancong luar negeri Terengganu yang menggunakan servis kereta sewa kami. Ada yang minta dihantar di Lapangan Terbang Kuala Terengganu, ada juga ke Terminal Bas Kuala Terengganu & tidak kurang juga yang mintak hantar ke hotel-hotel di sekitar Bandar KT.

sewa kereta murah kuala terengganu

Tidak kurang juga, entah dari mana, ada juga pelancong luar Malaysia yang tiba-tiba call kami untuk sewa kereta. Pelik agak pelik sebab KSG tidak pernah membuat promosi dalam bahasa Inggeris.

Mungkin ada orang yang rekemenkan…terima kasihlah banyak2 sebab buat rekemen untuk guna servis Kereta Sewa Ganu kepada pelancong asing…Kami doakan anda murah rezeki.

PROMOSI FREE DELIVERY Sewa Kereta 2017

Okay kepada yang belum tahu pasal promosi Raya Haji 2017, KSG ada dua pakej hebat untuk sewa kereta pada musim cuti Merdeka 2017 & Cuti Raya Haji 2017.

  • Pakej Sewa Kereta 1: Sewa 4 Hari FREE 1 Hari
  • Pakej Sewa Kereta 2: Sewa 5 hari FREE 2 Hari

Menarik bukan? bukan selalu kami adakan promosi kaw-kaw kereta sewa macam ni…Ada 2 orang yang cancel booking sewa kereta 2 hari lepas, jadi kami masih mencari pengganti untuk sewa kereta pada raya haji…

Walaupun kami sebelum ini hanya buka Promosi Sewa Kereta Raya Haji 2017 hanya untuk mereka yg buat tempahan sebelum 10 Ogos 2017, namun kami rasa tidak adil untuk mereka yang masih belum tahu…

Jadi jangan lepaskan peluang untuk sewa kereta pada raya haji nanti.

Ada Soalan Berkaitan Tentang Kereta Sewa Kami?

Ada boleh semak halaman Soalan Lazim Pelanggan untuk baca semua soalan2 yg mungkin sekarang tengah bermain di fikiran.

Sekiranya anda ada soalan lain yang masih belum terjawab tentang sewa kereta di KSG, jangan segan & silu untuk hubungi kami bila2 masa. Samaada melalui email, whatsapp atau call, kami beres je..Layari halaman ini untuk hubungi kami melalui cara yang anda selesa..

Selamat Pulang Ke Terengganu & berhati2 di Jalan Raya 🙂

Sekian

 

 

Pin It on Pinterest

Share This