Kereta Sewa Marang FREE Delivery – Kereta Sewa Bajet di Marang

Salam. Seperti yang tersedia maklum, KSG merupakan sebuah servis perkhidmatan kereta sewa yang berpangkalan di Bukit Payung & dalam kawasan Daerah Marang. Sebagai salah satu entiti kereta sewa Marang yang berpengalaman menguruskan ratusan penyewa kereta sejak 2013, kami yakin boleh memberi servis khidmat kereta sewa pandu sendiri pada harga yang sangat mampu milik.

Banyak Pilihan Kereta Sewa Bajet

sewa kereta di terengganu

pilihan kereta sewa bajet di KSG

Kami mempunyai banyak pilihan kereta samaada kereta bajet atau MPV bajet. Antara kereta sewa yang banyak permintaan oleh pelanggan kami di Marang adalah yang jenis kecil, jimat minyak & automatik. Jadi kereta sebegini yang ada dalam koleksi kereta sewa kami adalah Perodua Kenari, Perodua Axia, Perodua Myvi & juga beberapa model special edition.

Untuk MPV pula, kami mempunyai model MPV di Malaysia yang paling popular iaitu Perodua Alza standard & juga Special Edition. Bagi yang inginkan model MPV yang lebih besar, boleh mencuba untuk sewa kereta MPV Toyota Wish 1.8. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih banyak pilihan kereta lain beserta dengan harga, sila semak halaman pakej-pakej Harga Kereta Sewa Terengganu.

Promosi & Pakej Harga Kereta Sewa Mampu Milik

kereta sewa marang terengganuSeperti kebanyakan syarikat perniagaan lain, kami tidak ketinggalan untuk menawarkan beberapa pakej harga sewa kereta yang sangat menarik yang boleh anda cari di kawasan Marang, Kuala Terengganu ataupun Kuala Berang.

Dipendekkan cerita, semakin lama anda sewa kereta di KSG, maka lagi murah harga dia. Setiap kereta sewa disertakan dengan 4 pakej harga yang berbeza. Samaada anda nak sewa kereta sehari, 3 hari, seminggu mahupun sebulan, pakej kami sangat kena dengan apa jua tempat penyewaan kereta anda.

Promosi Sewa Kereta Marang – Pada setiap waktu dalam setahun seperti waktu hari raya, cuti sekolah atau apa-apa hari cuti panjang, KSG sentiasa menawarkan PROMOSI SEWA KERETA pada harga yang lebih menarik daripada biasa. Contohnya, promosi terbaru yang dijalankan adalah Promosi Sewa Kereta Hari Raya 2017 yang telah dilancarkan sejak sebelum bulan puasa lagi.

Bertali arus panggilan, sms & whatsapp yang masuk ke dalam telefon setiap kali promosi sebegini dilancarkan. Kami sangat passionate dalam memberi kereta sewa yang terbaik kepada pelanggan kami untuk disewa di Terengganu. Anda puas hati kami senang hati.

FREE Delivery Kereta Sewa di Marang

kereta myvi untuk disewa terengganuMemandangkan lokasi pejabat kami adalah di Bukit Payung, Marang maka kami memberi servis penghantaran di mana-mana lokasi dalam daerah Marang secara PERCUMA ! Tidak kira baik di depan rumah pintu anda atau di mana-mana terminal bas yang ada berdekatan.

Sekiranya anda bercuti ke Pulau Kapas & menaiki bas, kami boleh hantar kereta sewa terus ke Jeti Marang. Mungkin selepas anda siap bercuti di Pulau Kapas, anda ingin makan angin di Kuala Terengganu pula. Banyak tempat menarik di Marang & Kuala Terengganu yang boleh anda terokai dengan memandu kereta sendiri.

Sesudah penat bercuti, anda boleh pulangkan kereta di mana-mana lokasi di Kuala Terengganu, Marang atau Kuala Berang. Kebiasaannya pelancong yang bercuti cara begini akan meminta kami ambil kereta di Terminal Bas Kuala Terengganu ataupun di Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Mana jua lokasi anda minta dalam Bandar KT kami boleh penuhi.

Cara Tempahan Kereta Sewa di KSG

Proses pertanyaan & tempahan sangat mudah. Anda boleh hubungi kami melalui talian telefon 011-23653839 samaada panggilan, sms ataupun whatsapp ataupun mungkin kalau hari sudah lewat malam, anda boleh email atau terus tempah secara online dengan mengisi borang di halaman Tempah Kereta Sewa Terengganu Online. Sekiranya anda ingin bercuti & mencari syarikat kereta sewa Marang, Terengganu dengan pakej harga menarik, sila hubungi kami segera. Bilangan kereta terhad & cepat habis terutamanya pada cuti sekolah & hari raya.