STOK KERETA SEWA HARI RAYA 2018 HABIS

Bulan lepas kami di KSG membuka tawaran pakej kereta sewa hari raya yang sangat menarik untuk pelanggan semua. Sejak seminggu lalu, kesemua kereta sewa kami sudah habis ditempah oleh pelanggan yang rata-ratanya anak Terengganu yang akan balik kampung dari perantauan.

Pakej Jimat Sewa Kereta di Terengganu Hari Raya 2018 – By KSG

Seperti tahun sudah, kami menawarkan 2 pakej JIMAT Hari Raya 2018 untuk sewa kereta di Kuala Terengganu, Marang & Kuala Berang.

  • Pakej 1 – Sewa 5 Hari FREE 2 Hari
  • Pakej 2 – Sewa 7 Hari FREE 3 Hari

Harga tawaran sebegini memang sangat menjimatkan dan murah berbanding kebanyakan offer lain setiap tahun. Sejak beroperasi 5 tahun lalu, hari raya memang merupakan tempoh yang sangat laku keras.

Ramai yang bertanya kami di KSG, kenapa minimum sewa kereta di Kereta Sewa Ganu pada hari raya 5 hari? Tak boleh ke kalau nak sewa kereta 2 hari sahaja?

Jawapannya, kami juga ingin beraya & ambil cuti lama. Kebanyakan pengusaha kereta sewa di Terengganu yang beragama Islam akan melakukan benda yang sama. Kerana, pada Hari Raya sahajalah merupakan tempoh dalam setahun yang dapat kami cuti lama sedikit.

Masih Belum Jumpa Kereta Sewa Raya Ni? Tinggalkan Nombor Telefon Anda

Sekiranya anda masih lagi belum jumpa kereta sewa di Terengganu untuk Hari Raya 2018 nanti, bolehlah anda tinggalkan nombor telefon anda dengan WhatsApp kami.  KLIK SINI UNTUK WHATSAPP KAMI = > WhatsApp KSG

Mana tahu, sekiranya ada pelanggan yang tiba-tiba cancel tempahan kereta sewa pada hari raya nanti, kami akan tawarkan kepada anda.

Dokumen & Booking Deposit Sewa Kereta Untuk Hari Raya

Seperti biasa, setiap bakal penyewa kereta di KSG perlu menyediakan dokumen seperti

  • Salinan photostat IC pemandu
  • Salinan photostat lesen memandu kereta
  • Salinan photostat IC penjamin
  • Salinan photostat utiliti seperti bil tnb, bil tm dll yang beralamat rumah anda

Setiap tempahan awal, kami akan ambil sedikit booking deposit sebagai ‘tanda jadi’. Jumlahnya bergantung kepada jenis kereta yang disewa & tempoh penyewaan. Booking deposit ini akan dipulangkan kembali apabila anda sudah sewa & pulangkan kereta sewa kepada kami dalam keadaan baik & bebas daripada saman trafik.

Kami di Kereta Sewa Ganu (KSB) ingin mengucapkan Selamat Pulang Raya & Berhati-Hati di Jalan Raya. Ingatlah orang yang tersayang. Wassalam